Friday, 28 February 2014

Al-Imam Muhammad Al Baqir

Beliau dipanggil dengan nama Abu Ja'far , beliau diberi gelar Al-Baqir yang berarti membelah kerana beliau membelah ilmu dan mengeluarkannya dari simpanan gudang pengetahuan, hakikat hukum-hukum, hikmah-hikmah kebijaksanaan yang sudah bukan menjadi rahsia lagi kecuali bagi kalangan yang tertutup hatinya atau rosak.

Al-Imam Ibnul Madini telah meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah ra, bahawa beliau berkata kepada Imam Muhammad Ali Baqir yang masih berusia kanak-kanak saat itu : Rasulullah saw kirim salam kepadamu," lalu Jabir ditanya : "Bagaimana bisa demikian?" Beliau menjawab : " Ketika aku duduk bersama Nabi saw saat itu Husain sedang berada dikamarnya dan beliau saw bermain dengannya kemudian beliau saw bersabda:

" Wahai Jabir, kelak akan terlahir anaknya yang bernama Ali, bila di hari kiamat ada yang berseru : "Bangkitlah Sayyidul Abidin (penghulu para ahli ibadah), lalu bangunlah anaknya , kemudian akan terlahir pula anaknya yang bernama Muhammad , bila kelak engkau bertemu dengannya wahai Jabir sampaikanlah salamku padanya."

Beliau seorang Alawy (keturunan Ali) dari sisi ayah dan ibunya ,banyak orang yang menuntut ilmu dari beliau bahkan yang berasal dari tempat-tempat yang jauh , ketenaran beliau tersebar ke seluruh negeri.

Ibu beliau adalah Ummu Abdillah Fatimah binti Hasan bin Ali bin Abi Thalib ra.

Beliau diberi julukan Abu Ja'far , terlahir di kota Madinah pada hari Jumaat tanggal 2 Safar tahun 57H, Kira -kira tiga tahun sebelum terbunuhnya Imam Husain ra.

Anak-anak beliau Ja'far dan Abdullah dari isteri beliau Farwah binti Al Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar As Siddiq ra , begitu juga Ibrahim , Ali, Zainab Dan Ummi Salamah.

Beliau meninggal di kota Madinah tahun 114 atau 117 atau 118H, kubur beliau di permakaman Baqi' di sebelah ayahnya dalam Qubah Abbas, beliau berwasiat agar dikafani dengan gamis yang biasanya beliau pakai untuk shalat.

Di  antara untaian nasihat beliau ra .

- Tidaklah rasa kesombongan meski sedikit masuk ke hati seseorang melainkan   akalnya telah berkurang seperti kadar kesombongan yang masuk padanya atau mungkin lebih banyak.

- Sesungguhnya musibah bisa menimpa orang mukmin dan selain orang mukmin tetapi ia tidak akan menimpa orang yang berzikir kepada Allah.

- Tiada ibadah yang lebih utama daripada menahan perut atau kemaluan.

-Seburuk-buruk reman adalah yang memberi perhatian kepadamu dikala kamu masih berkecukupan dan memutus hubungan denganmu dikala kamu miskin.

- Buktikanlah kecintaan saudaramu dengan hartanya di hatimu.

Bila beliau tertawa beliau berkata : "Ya Allah, janganlah Engkau murka padaku." Beliau mencintai dan membela Sayyidina Abu Bakar Dan Umar ra.

Di antara nasihat beliau yang lain :

-Apalah dunia , apapun isinya ia tidak lebih dari baju yang kamu pakai atau kenderaan yang kamu naiki atau kaum wanita yang kamu kahwini.

- Aku mempunyai seorang teman yang sangat aku hormati , yang membuatku menghormatinya adalah kerana ia memandang kecil materi duniawi.

Beliau pernah berwasiat kepada anaknya :

- Wahai anakku, janganlah kamu malas dan jengkel kerana keduanya adalah kunci segala kejahatan, bila kamu malas kamu tidal dapat menunaikan hak dengan benar, sedangkan bila kamu jengkel kamu tidak dapat bersabar menuntut hakmu.

- Bila kamu menginginkan kenikmatan itu langgeng, maka perbanyaklah tahmid dan bersyukur kepada-Nya atas nikmat itu.

- Bila kamu merasa rezki datangnya terlambat, maka perbanyaklah istighfar , bila kamu merasa sedih kerana sesuatu, maka perbanyaklah membaca :
      
"Lahaula walaa quwwata illa billah."

- Bila kamu takut terhadap sebahagian orang, maka bacalah : 

"Hasbunallah wani'mal wakil."

- Bila kamu takjub terhadap suatu, maka ucapkanlah : 

"Masya Allah laa quwwata illa billah."

- Bila ada orang yang berbuat makar terhadapmu, maka bacalah : 

"Wa ufawwidzu amri illallah innallaha basiruun bil ibad."

- Bila kamu kesusahan , maka bacalah : 

"Laa ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minadz dzolimin."

- Di antara anak-anak beliau yang paling sempurna dan yang menjadi khalifahnya adalah yang disebutkan oleh penulis qosidah setelah ini.










Friday, 21 February 2014

Imam Ali Zaenal Abidin

Al- Imam Ali Zaenal Abidin

Beliau dikenal sebagai seorang yang taat beribadah kepada Allah, selalu taat Dan berkhidmah di hadapan-Nya, beliau berpaling dari apapun selain-Nya, senantiasa giat melakukan amal perbuatan juga hati dan anggota tubuhnya senantiasa khusyu' dan tunduk kepada Allah dan takut kepada-Nya.

Inilah sifat-sifat Imam Ali Zaenal Abidin putera. Imam Husein bin Imam Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib ra yang diberi gelar julukan Abul Husein atau Abul Hasan dan beliau juga diberi gelar As Sajjad (Orang yang banyak bersujud).

Beliau dilahirkan di kota Madinah tahun 33 atau 38H dan beliau meninggal disana pada tanggal 18 Muharram tahun 94H, beliau dimakamkan di Baqi' yang kala itu beliau masih berumur 57 atau 58 tahun, tepatnya di Qubah Abbas bersandingan dengan pamannya Al Hasan bin Ali ra.

Beliau adalah seorang tabi'in yang agung , Imam yang besar, beliau meriwayatkan hadis dari ayahnya, dari pamannya Al Hasan , Jabir, Ibnu Abbas, Miswar bin Makhromah , Abu Hurairah , Sofiyah , Aisyah, Ummu Salamah dan para Ummahatul Mukminin lainnya, beliau adalah pengganti ayahnya dari segi keilmuan, zuhud dan ibadah , bahkan para ulama kala itu bersepakat akan kebesaran beliau dalam segala hal.

Yahya Al-Ansori berkata : " Beliau adalah sebaik-baik Bani Hasyim yang pernah aku lihat."
Az Zuhri berkata : " Aku tidak pernah mendapati di kota Madinah seseorang yang utama dari beliau."
Hammad bin Zaid berkata : "Beliau adalah seorang Hasyimi yang terbaik yang pernah ada di kota Madinah."

Hal ini juga dinyatakan oleh Abu Bakar bin Syaibah : "Seluruh sanad Zuhri yang paling benar adalah yang melalui riwayat Ali bin Husein dari ayahnya dari Ali bin Abi Thalib."
Beliau dilahirkan dihari yang sama dengan Imam Zuhri, bahkan Nabi saw telah mengabarkan tentang beliau sebelum beliau dilahirkan, akan diterangkan pada biografi Imam Bagir.

Dalam sehari  semalam beliau melakukan shalat sebanyak seribu rakaat, bila berwudhu untuk shalat raut muka beliau berubah, beliau ditanya mengenai hal ini, dan beliau menjawab : "Apakah kalian sadar aku akan berdiri di hadapan siapa?"

Beliau lebih senang bila tidak ada orang yang menolong beliau mempersiapkan alat bersucinya, beliau menimbanya lalu menutupinya sebelum tidur, beliau tidak pernah meninggalkan bangun malam baik dalam kota maupun diperjalanan, beliau juga memuji Abu Bakar, Umar dan Utsman ra, jika angin berhembus kuat beliau jatuh pingsan.

Ketika menunaikan Ibadan haji tatkala mengucapkan kalimat labbaika beliau jatuh pingsan , lalu ada orang lain yang lancang terhadap beliau tetapi beliau tidak menghiraukannya, sehingga lelaki itu berkata : " Engkaulah yang aku maksud, "beliau menjawab : " Aku tidak menghiraukanmu."

Suatu kali beliau keluar dari masjid lalu ada seorang lelaki yang berpapasan dengannya dan mengejeknya dengan ejekan yang sangat kotor , sehingga budak dan para pembantu beliau ingin menghajarnya tetapi beliau melarang mereka seraya berkata :" Jangan tergesa-gesa terhadapnya, " lalu beliau menoleh ke arahnya dan berkata : "Aib kami yang masih tertutup olehmu lebih banyak lagi, apakah engkau membutuhkan sesuatu yang bisa kami bantu?". Lelaki itu malu , hingga beliau mengenakan selendang yang beliau pakai kepada orang itu dan  menyuruh agar lelaki itu diberi hadiah seribu dirham lebih, tidak ayal lagi lelaki itu berkata : " Aku bersaksi bahawasanya engkau termasuk keturunan rasul."

Pada kejadian yang lain tatkala Farazdak memberitahukan kepada Hisyam tentang beliau dalam cerita yang terkenal itu , beliau memberinya hadiah dua belas ribu dirham , tetapi Farazdak menolaknya seraya berkata: "Sesungguhnya kami memujinya semata-mata kerana Allah bukan mengharapkan hadiah," lalu beliau menjawab : "Sesungguhnya kami ahlul bait bila telah menghadiahkan sesuatu kami tidak akan menariknya kembali."

Beliau sempat tinggal bersama kakeknya Imam Ali selama dua tahun, kemudian bersama pamannya selama sebelas tahun dan selanjutnya bersama ayahnya Al Hussin selama sebelas tahun semoga Allah meridhai mereka semua , ada yang menyatakan beliau meninggal kerana diracun oleh Walid bin Abdul Malik.

Ketika beliau meninggal dunia , orang-orang mendapati beliau telah menafkahi dua ratus keluarga, bahkan beliau memikul tempat makanan itu sendiri di malam hari kemudian menyedekahkannya kepada kaum fakir mkskin di kota Madinah , beliau mengatakan : "Sesungguhnya bersedekah secara rahsia dapat memadamkan kemurkaan Tuhan."

Muhammad bin Ishaq bercerita: "Dahulu pernah beberapa waktu orang-orang di kota Madinah hidup sedangkan mereka tidak mengetahui dari mama datangnya kebutuhan mereka, tetapi ketika Ali bin Husein meninggal dunia mereka tidak pernah mendapatkan kebutuhan mereka lagi.

Beliau menyedekahkan seluruh hartanya untuk Allah sebanyak dua kali , di dalam majelis beliau melangkah ke depan hingga di hadapan Zaid bin Aslam untuk duduk bersamanya dan beliau berkata : "Sudah sepatutnya ilmu diikuti kemanapun ia pergi dan sepantasnya seseorang duduk kepada seseorang yang membawa manfaat untuk agamanya."

Beliau bila memberi pinjaman tidak pernah menagihnya kembali, begitu juga bila meminjamkan baju tidak pernah memintanya kembali, bila berjanji dengan seseorang beliau tidak bisa makan dan tidak minum sampai menepati janji itu, bila mengurus kepentingan seseorang lalu kepentingan itu terhenti , beliau melunasinya dari harta sendiri. 

Beliau berangkat menunaikan haji dan juga ikut berjihad dengan menggunakan kendaraannya tetapi sedikitpun tidak memukul kenderaannya , cerita mengenai kebesarannya banyak sekali dan tidak terhitung tetapi sudah dikenal dan ditulis di buku-buku , maka rasanya sudah cukup kami sebutkan sampai di sini. 

Beliau meninggal dunia meninggalkan sebelas putera dan empat puteri , di antara mereka yang mewarisi keilmuan, kezuhudan dan ibadah beliau adalah yang disebutkan oleh penyusun qosidah ini iaitu: ~ Al-Imam Muhammad Ali Baqir


Ringkasan Buku Riwayat Hidup Para Wali & Shalihin

"Ingatlah sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati." (QS. Yunus:62)

Sebagian ulama mengatakan mereka para wali adalah suatu kaum dimana memandang kepada mereka menyebabkan ingat kepada Allah, kerana terdapat tanda-tanda kebaikan dan kekhusyuan pada diri mereka.
Buku ini adalah bagian pertama dari penjelasan (syarah) qasidah al-imam al'arif billah alhabib Ahmad bin Zein Alhabsy diberi judul 'Ainiyah kerana dalam setiap bait qasidahnya diakhiri dengan huruf 'ain ,, Dan insya Allah akan dilanjutkan dengan buku kedua yang berisi tentang wasiat para wali Allah.
Dalam qasidahnya beliau alhabib Abdullah bin Alwi Alhaddad menggambarkan kesedihan yang diliputi oleh linangan air mata juga luka yang merasuk sampai keseluruh bagian tubuh beliau, disebabkan mereka para pembawa cahaya dan sifat-sifat yang terpuji itu telah tiada sedangkan masyarakat pada masa itu telah jauh Dari thariqah para salaf.
Beliau memaparkan apa yang beliau sedihkan dengan menyebut tentang sifat-sifat para pembesar salaf itu , beliau menjelaskan bahawa ketika menggambarkan sifat-sifat mereka air mata beliau berlinang yang mana sifat-sifat mereka dapat menjadi suri tauladan bagi kita , dikeranakan kerinduan yang sangat mendalam itulah beliau menyusun qasidah yang mulia ini. Beliau juga berpesan agar kita tidak berpaling dari sifat-sifat mereka yang teramat mulia itu.
Semoga dengan membaca kisah riwayat hidup mereka dapat mendorong kita untuk lebih banyak beramal dan berbuat kebajikan dan kita jadikan mereka sebagai suri tauladan dalam kehidupan sehari-hari....amin ya robbal 'alamin.