Friday, 28 February 2014

Al-Imam Muhammad Al Baqir

Beliau dipanggil dengan nama Abu Ja'far , beliau diberi gelar Al-Baqir yang berarti membelah kerana beliau membelah ilmu dan mengeluarkannya dari simpanan gudang pengetahuan, hakikat hukum-hukum, hikmah-hikmah kebijaksanaan yang sudah bukan menjadi rahsia lagi kecuali bagi kalangan yang tertutup hatinya atau rosak.

Al-Imam Ibnul Madini telah meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah ra, bahawa beliau berkata kepada Imam Muhammad Ali Baqir yang masih berusia kanak-kanak saat itu : Rasulullah saw kirim salam kepadamu," lalu Jabir ditanya : "Bagaimana bisa demikian?" Beliau menjawab : " Ketika aku duduk bersama Nabi saw saat itu Husain sedang berada dikamarnya dan beliau saw bermain dengannya kemudian beliau saw bersabda:

" Wahai Jabir, kelak akan terlahir anaknya yang bernama Ali, bila di hari kiamat ada yang berseru : "Bangkitlah Sayyidul Abidin (penghulu para ahli ibadah), lalu bangunlah anaknya , kemudian akan terlahir pula anaknya yang bernama Muhammad , bila kelak engkau bertemu dengannya wahai Jabir sampaikanlah salamku padanya."

Beliau seorang Alawy (keturunan Ali) dari sisi ayah dan ibunya ,banyak orang yang menuntut ilmu dari beliau bahkan yang berasal dari tempat-tempat yang jauh , ketenaran beliau tersebar ke seluruh negeri.

Ibu beliau adalah Ummu Abdillah Fatimah binti Hasan bin Ali bin Abi Thalib ra.

Beliau diberi julukan Abu Ja'far , terlahir di kota Madinah pada hari Jumaat tanggal 2 Safar tahun 57H, Kira -kira tiga tahun sebelum terbunuhnya Imam Husain ra.

Anak-anak beliau Ja'far dan Abdullah dari isteri beliau Farwah binti Al Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar As Siddiq ra , begitu juga Ibrahim , Ali, Zainab Dan Ummi Salamah.

Beliau meninggal di kota Madinah tahun 114 atau 117 atau 118H, kubur beliau di permakaman Baqi' di sebelah ayahnya dalam Qubah Abbas, beliau berwasiat agar dikafani dengan gamis yang biasanya beliau pakai untuk shalat.

Di  antara untaian nasihat beliau ra .

- Tidaklah rasa kesombongan meski sedikit masuk ke hati seseorang melainkan   akalnya telah berkurang seperti kadar kesombongan yang masuk padanya atau mungkin lebih banyak.

- Sesungguhnya musibah bisa menimpa orang mukmin dan selain orang mukmin tetapi ia tidak akan menimpa orang yang berzikir kepada Allah.

- Tiada ibadah yang lebih utama daripada menahan perut atau kemaluan.

-Seburuk-buruk reman adalah yang memberi perhatian kepadamu dikala kamu masih berkecukupan dan memutus hubungan denganmu dikala kamu miskin.

- Buktikanlah kecintaan saudaramu dengan hartanya di hatimu.

Bila beliau tertawa beliau berkata : "Ya Allah, janganlah Engkau murka padaku." Beliau mencintai dan membela Sayyidina Abu Bakar Dan Umar ra.

Di antara nasihat beliau yang lain :

-Apalah dunia , apapun isinya ia tidak lebih dari baju yang kamu pakai atau kenderaan yang kamu naiki atau kaum wanita yang kamu kahwini.

- Aku mempunyai seorang teman yang sangat aku hormati , yang membuatku menghormatinya adalah kerana ia memandang kecil materi duniawi.

Beliau pernah berwasiat kepada anaknya :

- Wahai anakku, janganlah kamu malas dan jengkel kerana keduanya adalah kunci segala kejahatan, bila kamu malas kamu tidal dapat menunaikan hak dengan benar, sedangkan bila kamu jengkel kamu tidak dapat bersabar menuntut hakmu.

- Bila kamu menginginkan kenikmatan itu langgeng, maka perbanyaklah tahmid dan bersyukur kepada-Nya atas nikmat itu.

- Bila kamu merasa rezki datangnya terlambat, maka perbanyaklah istighfar , bila kamu merasa sedih kerana sesuatu, maka perbanyaklah membaca :
      
"Lahaula walaa quwwata illa billah."

- Bila kamu takut terhadap sebahagian orang, maka bacalah : 

"Hasbunallah wani'mal wakil."

- Bila kamu takjub terhadap suatu, maka ucapkanlah : 

"Masya Allah laa quwwata illa billah."

- Bila ada orang yang berbuat makar terhadapmu, maka bacalah : 

"Wa ufawwidzu amri illallah innallaha basiruun bil ibad."

- Bila kamu kesusahan , maka bacalah : 

"Laa ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minadz dzolimin."

- Di antara anak-anak beliau yang paling sempurna dan yang menjadi khalifahnya adalah yang disebutkan oleh penulis qosidah setelah ini.










No comments:

Post a Comment