Wednesday, 19 March 2014
Khalifah Umar bin Abdul Aziz
Beliau adalah Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin Abdul Aziz Al Qurasy Al Umawi, beliau adalah salah seorang tokoh tabiin, beliau meriwayatkan hadits dari Anas bin Malik, Saib bin Yazid, Yusuf bin Abdullah bin Salaam, beliau meriwayatkan hadits dari beberapa kalangan tabiin seperti Khaulah binti Hakim, Said bin Musayyib , Urwah dan Abu Bakar bin Abbdurrahman juga kalangan tabiin yang lainnya, selain itu juga banyak dari kalangan tabiin yang meriwayatkan hadits dari beliau di antaranya Muhammad bin Al Munkadir dan Zuhri, mereka telah mengakui kebesaran, keutamaan beliau, banyaknya ilmu, kesalehan beliau, kezuhudan, keadilan, kasih sayang beliau terhadap kaum muslimin, perbuatan terpuji beliau terhadap mereka, pengorbanan beliau dalam beribadah kepada Allah , juga keseriusan beliau dalam mengikuti jejak Nabi Muhammad saw, bahkan ada sebahagian ulama yang menulis beberapa jilid buku tentang biografi beliau.
Selain itu, Annas bin Malik ra juga shalat di belakang beliau, dan diriwayatkan bahawa Umar bin Khatab ra pernah berkata : "Kelak akan dilahirkan dari keturunanku seorang lelaki yang ada cacat di wajahnya, ia akan memimpin dan memenuhi penjuru bumi ini dengan keadilan.
Nafi' berkata : "Menurutku, tiada lain yang dimaksud kecuali Umar bin Abdul Aziz."
Tanda cacat di wajah beliau adalah luka bekas sepatu kuda yang menimpa beliau sewaktu beliau masih kecil, setelah kejadian itu ayahnya mengusap darah dari wajahnya dan berkata : " Jika engkau memang orang yang ada tanda cacatnya dikalangan Bani Umayyah bererti engkau adalah orang yang berbahagia."
Ibunya adalah anak puteri dari Ashim bin Umar bin Khatab, namanya Hafsah dan julukannya adalah Ummu Ashim , nenek beliau adalah anak wanita yang pernah mengatakan kepada ibunya : "Bila Amirul Mukminin tidak mengetahui hal ini, mama yang mengetahuinya dan yang melihat adalah TuhanNya, apa kiranya aku akan mentaati perintahnya di tempat terbuka dan menentangnya di tempat yang tersembunyi". Maksudnya Umar bin Khatab ra, ucapan ini didengar oleh Umar, lalu beliau menyuruh anaknya yang bernama Ashim untuk mengahwininya dan berkata : " Semoga Allah memberimu keturunan yang penuh barokah dari wanita itu". Lalu wanita itu melahirkan ibu dari Umar bin Abdul Aziz.
Mengenai tahun dan kota kelahiran beliau terdapat perbedaan pendapat ada yang mengatakan: "Beliau dilahirkan pada tahun 60 H , " ada yang mengatakan tahun 61 H dan ada juga yang mengatakan tahun 63 H , mengenai kota kelahirannya ada yang mengatakan : " Beliau dilahirkan di kota Madinah dan ada juga yang mengatakan : "Beliau dilahirkan di kota Basrah."
Suatu hari beliau keluar sambil menuntun seorang tua lalu ada orang yang bertanya : "Siapakah orang yang kamu tuntun itu?" Beliau berkata : "Apakah kamu telah melihatnya?" Orang itu mengatakan : "Ya ," beliau berkata : " Menurutku kamu adalah orang yang saleh , ia adalah saudaraku Al Khidir as, ia mendatanganiku dan memberitahuku bahwa kelak aku akan memimpin umat ini dan aku akan berlaku adil terhadapmu.
Ketika beliau dibaiat untuk menjadi khalifah , dibawakan dihadapannya seekor kuda untuk beliau tungganginya sebagaimana layaknya kebiasaan para khalifah lain , tetapi beliau tidak mau menaikinya, malah beliau menaiki Baghalnya, setelah itu salah seorang pengawal datang untuk mengawalnya dengan membawa sebuah tombak sebagaimana kebiasaan mereka, beliau berkata : " Menjauhlah dariku , ada urusan apa denganku! Aku hanyalah seorang muslim biasa." Lalu beliau berjalan bersama kerumunan orang-orang.
Dari kisah ini, Al Habib Abdullah menyebut beliau dalam qosidah ini sebagai orang yang berhati-hati.
Cerita lengkapnya adalah setelah beliau masuk masjid, lansung menaiki mimbar dan orang-orang telah berkumpul di hadapannya, beliau memuji Allah dan bershalawat kepada Nabi saw kemudian berkata : " Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah diuji dengan perkara ini tanpa permintaan maupun rundingan atau pendapat dariku, dan aku telah melepaskannya di pundak kalian, maka terserah kalian pilihlah orang selain aku." Kaum musliminpun berteriak satu suara : " Kami telah rela memilihmu wahai Amirul Mukminin." Kemudian beliau melanjutkan khutbahnya: "Taatilah aku selama aku taat kepada Allah dan bila aku telah menentangNya , maka kalian tidak wajib mentaatiku."
Setelah itu beliau memasuki rumah khalifah dan menyuruh agar tabir-tabir dan hamparan permaidani yang dahulu dipakai itu dicabut dan dijual kemudian hasilnya dimasukkan ke dalam Baitul Mal kaum muslimin.
Beliau tidak meninggalkan sangkut paut hak milik orang lain yang ada di tangan keluarganya Bani Umayyah melainkan beliau telah mengembalikan ke tempatnya masing-masing bahkan beliau telah memutuskan untuk memenangkan hak tanah bagi seorang kafir Dzimmi dari kota Hims Ahad Abbas bin Walid , beliau menegakkan keadilan yang belum pernah didengar keadilannya sejak masa para khalifah Rasyidin , oleh kerana itu penyusun qosidah ini menyebut beliau sebagai orang yang adil, keadilannya terkenal dimana-mana bahkan di zaman beliau serigala dan kambing-kambing bisa di gembala bersama kerana keadilan beliau.
Imam Syafi'i ra berkata : "Para khulafa Rasyidin ada lima : Abu Bakar , Umar, Utsman, Ali dan Umar bin Abdul Aziz."
Oleh kerana itulah, penyusun qosidah ini menyatakan "Khalifah yang benar Ibnu Abdul Aziz."
Ketika beliau diangkat menjadi pemimpin , beliau menghapuskan pencelaan terhadap Sayyidina Ali bin Abi Thalib dalam khutbah Jumaat dan menggantikannya dengan ayat:
"Sesungguhnya Allah menyuruh berbuat keadilan , berbuat kebajikan, menyantuni kaum kerabat dan mencegah dari kekejian, kemungkaran dan berbuat sewenang-wenang. Allah menasihati kalian agar kalian mau ingat." (QS. An Nahl : 90).
Begitu juga pelaknatan yang sebelumnya telah berlansung selama tujuh puluh enam tahun atau lapan puluh tiga tahun empat bulan menurut riwayat yang lain , jumlah seluruhnya seribu bulan, dalam riwayat yang lain , beliau menggantikan pelaknatan ini dengan ayat :
" Dan orang -orang yang datang setelah mereka (generasi sahabat) , mereka berdoa : " Wahai Tuhan kami, berilah ampun bagi kami dan bagi saudara-saudara kami yang mendahului kami kepada iman , dan janganlah Engkau jadikan di hati kami ada rasa dendam terhadap orang-orang beriman wahai Tuhan kami.Sesungguhnya Engkau Maha Penyayang lagi Maha Penyantun." (Qs Al Hasyr : 10).
Ketika beliau memimpin banyak mempersempit pada keluarganya dalam urusan duniawi bahkan harga gamis yang beliau pakai ketika sakit dan meninggal dalam mengenakannya sekitar empat dirham dan beliau tidak memiliki gamis yang lain kecuali satu itu saja, bahkan puteri-puteri beliau tidak terlalu banyak memiliki pakaian yang lain, setelah menjadi pemimpin beliau tidak pernah mandi jinabat lagi kerana beliau menjauhi isterinya dan para budak wanitanya setelah beliau ajukan pilihan kepada mereka.
Adapun mengenai ibadahnya akan panjang sekali bila disebutkan, beliau adalah seorang pemimpin yang saleh, zuhud, ahli ilmu agama, beliau meninggal pada hari Jumaat kira -kira lima atau sepuluh hari terakhir di bulan Rajab pada tahun 101H dalam usia tiga puluh sembilan tahun atau lebih enam bulan atau berusia empat puluh tahun dan dimakamkan di Dir Sam'an pinggiran kota Hims atau pinggiran kota Qannasrin.
Mass pemerintahannya sekitar dua tahun lima bulan seperti masa pemerintahan Abu Bakar As Sidiq ra, dengan demikian berarti sekitar tiga puluh bulan tetapi masih ada perbedaan pendapat.
Sewaktu mereka meratakan tanah di atas kuburnya tiba-tiba jatuhlah sebuah kertas dari langit yang bertuliskan :" Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang inilah jaminan keamanan Allah bagi Umar bin Abdul Aziz dari api neraka."
Beliau ra adalah orang yang sangat takut kepada Allah, banyak menangis bahkan meneteskan darah , beliau memiliki sebuah kebun yang dikunjungi setiap malam sambil mengikatkan rantai pada lehernya kemudian beliau menangis dan berdoa sampai subuh.
Beliau pernah mengatakan : "Andaikan kalian mengetahui apa yang aku ketahui pada diriku niscaya kalian enggan memandang wajahku."
Suatu kali ada seorang lelaki melihat beliau berkhutbah dihadapan orang banyak dengan memakai gamis yang berlubang sakunya, lelaki itu berkata :"Sesungguhnya Allah telah memberimu banyak kenikmatan, kiranya engkau mau memakai pakaian yang layak." Beliau menundukkan kepala kemudian berkata : " Sebaik -baik kesederhanaan dikala orang itu kaya dan sebaik-baik pemberian maaf dikala mampu membalas." Lelaki itu berkata : " Berilah aku wasiat," beliau menjawab: " Aku berwasiat kepadamu bertakwalah kepada Allah yang mana Ia tidak akan menerima selainnya dan tidak akan menyayangi kecuali yang bertakwa juga tidak akan memberi pahala kecuali amalan yang didasari ketakwaan, sesungguhnya orang-orang yang menceramahkannya banyak sedangkan yang mengerjakannya sedikit sekali."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment